Ice Cream Magic Maker
TAWARAN ISTIMEWA TAMAT pada: | SEHINGGA DIMAKLUMKAN | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Klik untuk memperbesar |
Ice Cream Magic Maker
Ice Cream Magic merupakan inovasi terkini yang membantu anda menghasilkan aiskrim sendiri dengan hanya 3 langkah mudah serta sesuai untuk dijadikan aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Resepi aiskrim disediakan bersama.
Kandungan:
- Cawan
- Penutup
- Mangkuk penyejuk
- Penutup mangkuk penyejuk
- Sudu
- Sudu penyukat
Ice Cream Magic yang mempunyai reka bentuk yang comel dan menarik ini mudah dibawa ke mana-mana serta sesuai untuk menyediakan aiskrim ketika berkelah, majlis hari lahir mahupun untuk hidangan minum petang bersama seisi keluarga.
Resepi aiskrim turut disediakan di dalam setiap pek pembelian. Namun begitu, anda juga boleh mengolah resepi sendiri mengikut citarasa anda mahupun si manja anda. Anda disyorkan menggunakan ramuan yang segar dan berkhasiat serta rendah kandungan gula dan lemak bagi memelihara tahap kesihatan.
Kebaikan Ice Cream Magic
- Menyediakan aiskrim dengan mudah dan pantas
- Resepi boleh diolah mengikut citarasa
- Menjadikan penyediaan aiskrim satu aktiviti yang menyeronokkan
- Sesuai untuk digunakan kanak-kanak dengan pengawasan orang dewasa
- Boleh dibawa ke mana-mana
- Selamat untuk digunakan
- Mudah untuk dibersihkan
- Tidak perlu menggunakan bateri mahupun kuasa elektrik
Cara Penggunaan Ice Cream Magic
- Bancuh ¼ krim, 1 sudu gula, ¼ ekstrak vanila bersama perasa kegemaran anda di dalam bekas berasingan. Kacau hingga larut.
- Masukkan ais, 4 cawan air dan 4 sudu garam ke dalam cawan Ice Cream Magic.
- Letakkan mangkuk penyejuk di atas cawan Ice Cream Magic dan masukkan ramuan aiskrim yang telah dibancuh (lihat 1) ke dalam mangkuk tersebut.
- Tutup cawan dan mangkuk penyejuk dengan penutup masing-masing dengan rapat.
- Goncang selama 3 minit sehinggga ia menjadi aiskrim.
- Aiskrim kini sedia untuk dinikmati.
- Anda boleh menambah kekacang, kepingan coklat mahupun ceri di atas aiskrim yang dihasilkan untuk melazatkan lagi hidangan.
- Resepi aiskrim disediakan bersama.
- Jangan gunakan bersama air bikarbonat.
- Gunakan ais yang telah dihancurkan.
AD02
0.1955kg
Ulasan Anda: Nota: HTML tidak diterjemahkan!
Rating: Tidak Bagus Bagus
Masukkan kod di dalam kotak di bawah ini: